DATA ATAS: CovidNow.
Oleh Yusoff A. Shariff
Malaysia merekodkan sebanyak 1,325 kes baharu Covid-19 pada Isnin (31 Mei).
Jumlah meningkat daripada 1,155 kes pada sehari sebelumnya. Daripada kes baharu itu, 1,323 adalah jangkitan tempatan dan dua kes import.
Kementerian Kesihatan, menerusi portal CovidNow, berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,505,059.
Dengan sejumlah 1,935 kes pulih, bermakna 4,445,611 individu di Malaysia telah pulih daripada Covid-19 setakat ini.
Pada masa ini terdapat 23,779 kes aktif, di mana 22,778 (95.8%) sedang menjalani kuarantin di rumah, dan 15 (0.1%) dirawat di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC).
Daripada jumlah yang dijangkiti di seluruh negara, 954 (4%) dimasukkan ke hospital, 32 berada di unit rawatan rapi, dan 15 memerlukan bantuan pernafasan.
-BTS Media