BTS Media

Kes jangkitan baharu Covid-19 melonjak 119.2% lepas cuti raya

GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons.

 

Oleh Zainal AS Rashid

Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat minggu lalu sebanyak 119.2% kepada 19,137 berbanding 8,732 pada minggu sebelumnya.

Dalam kemas kini mingguannya, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata setakat 14 Mei, peningkatan jumlah kes berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri juga menyaksikan bilangan individu yang dimasukkan ke hospital awam dan pusat kuarantin Covid-19 bertambah.

Bilangan mereka yang dimasukkan ke kemudahan kesihatan awam meningkat sebanyak 38% bagi setiap 100,000 penduduk berbanding minggu sebelumnya.

Secara keseluruhan penggunaan katil bagi kes tidak kritikal meningkat 18%, sementara penggunaan unit penjagaan rapi (ICU) menurun sebanyak 10%.

Sebanyak 4,475,873 kes Covid-19 direkodkan di negara ini, dengan 29,762 kes aktif.

Kes pulih menurun sebanyak 59.2% atau 30,930 kepada 12,618 kes berbanding minggu sebelumnya, sementara jumlah kes kumulatif pesakit sembuh ialah 4,410,499.

Bilangan kematian meningkat 3.1% (daripada 32 kes kepada 33 kes) berbanding minggu sebelumnya, justeru menjadikan angka kumulatif kematian sebanyak 35,612.

-BTS Media

Leave a Comment