Oleh Fetty Rara
ANTARA yang terkorban dalam letupan bom di Jalan Istiklal, Istanbul pada Ahad termasuk seorang ayah dan anak perempuannya berusia sembilan tahun.
Bagaimana pun, isteri penjawat awam di Kementerian Keluarga Sosial dan Turkiye, Yusuf Meydan dan anak perempuannya itu terselamat kerana berada di dalam sebuah kedai semasa kejadian. Dia, bagaimana pun, mengalami kecederaan, lapor agensi berita Anadolu.
Lokasi kejadian di Jalan Istiklal yang merupakan lokasi pelancongan popular di Istanbul ketika kejadian sesak dengan pengunjung.
Meydan yang berasal dari wilayah Adana berkhidmat sebagai kaunselor di Pusat Penyelarasan Rumah Kanak-kanak di bawah Kementerian Perkhidmatan Keluarga dan Sosial Turkiye sejak 2016.
Dia bersama isteri dan anaknya berada di Istanbul untuk menghadiri majlis pertunangan seorang anggota keluarga.
Dalam serangan itu, enam orang terbunuh dan lebih 79 lagi cedera.
Seorang wanita ditahan polis kerana disyaki meletakkan bom tersebut di lokasi.
Setakat ini tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab.
-BTS Media