BTS Media

Tol percuma pada 18, 19 November sempena PRU15

KERAJAAN mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini, sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Bagi memudahkan pengundi balik mengundi, sebanyak 30 konsesi lebuh raya bersetuju tawar tol percuma selama dua hari kepada pengguna sempena PRU-15.

“Ia bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam 19 November,” katanya ketika merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya petang ini.

Bermula pada pukul 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga 1.59 malam 19 November

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sejumlah RM34.5 juta dianggar akan ditanggung susulan inisiatif tol percuma.

“Ia membabitkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja, yang dianggarkan sekitar 90 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya,” katanya.

Menurutnya, tol percuma itu juga dapat meringankan serba sedikit beban kewangan warga negara dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara.

-BTS Media

Leave a Comment