BTS Media

Kerusi saya ‘dicuri’ – Noh Omar

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Selangor, Noh Omar mengeluh kerusi Parlimen Tanjong Karang “dicuri” daripadanya.

“Bila kita pilih calon bertanding, saya lihat Khairy Jamaluddin, Megat Zulkarnain dan ramai lagi mampu merampas semula Selangor. Tetapi, bila saya susun kerusi calon, rupa-rupanya kerusi saya sendiri ‘dicuri’.

“Tak apa, saya reda. Cuma saya sedih, diterajang begitu. Tetapi benda sudah berlaku, saya tidak lari daripada perjuangan. Tetap bersama BN,” katanya menurut Utusan Malaysia.

‘Saya reda. Cuma saya sedih, diterajang begitu’

Noh yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal, antara nama besar digugurkan daripada senarai calon BN untuk pilihan raya umum ke-15.

Ketua Umno Selangor itu digantikan Habibah Yusof, yang juga ketua Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang.

-BTS Media

Leave a Comment