Oleh Zainal AS Rashid
SOKONGAN kepada kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum pembubaran parlimen bulan lepas berada pada 38 peratus, lebih rendah berbanding semasa gabungan itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 pada 2018.
Hasil tinjauan terbaharu oleh Merdeka Center for Opinion Research mendapati bahawa sokongan rakyat Malaysia kepada BN kini adalah lebih rendah pada tahap 39 peratus berbanding tempoh yang sama pada April 2018, iaitu beberapa hari sebelum dijatuhkan selepas PRU 14 setelah hampir enam dekad berkuasa.
Laporan itu menyatakan bahawa sokongan terhadap kerajaan sekarang didapati jauh lebih rendah daripada 50 peratus yang dicatatkan pada September 2021, iaitu beberapa minggu  selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pertama kali menjadi perdana menteri.
Ia juga mendapati hanya 51 peratus responden menyatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan persekutuan pada September, berbanding 47 peratus sejurus sebelum Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan sebagai perdana menteri pada PRU14 pada Mei 2018.
Menurut The Straits Times, hasil tinjauan yang dibentangkan kepada pelbagai institusi kewangan baru-baru ini, menyatakan “sentimen yang mencecah paras terendah pada Julai reda sedikit apabila tekanan inflasi dan kenaikan kos sara hidup dilegakan sedikit melalui subsidi kerajaan”.
Menurut tinjauan itu, 46 peratus berpuas hati dengan Ismail Sabri, walaupun ini lebih rendah daripada 52 peratus berbanding tempoh beliau baharu mengambil alih kuasa setahun lalu.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin paling popular dengan catatan sokongan 51 peratus.
Walaupun demikian, populariti naib presiden UMNO itu jauh melebihi populariti presiden parti Datuk Seri Zahid Hamidi – yang kini sedang dibicarakan atas beberapa pertuduhan rasuah. Beliau hanya memperoleh 13 peratus penarafan kepuasan.
Sebaliknya, 67 peratus daripada responden didapati tidak berpuas hati dengan Zahid, berbanding 46 peratus bagi Ismail Sabri.
Sebagai perbandingan, satu pertiga daripada mereka yang ditinjau berpuas hati dengan pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin paling popular dengan catatan sokongan 51 peratus.
-BTS Media