BTS Media

Covid-19: Kadar vaksinasi pelajar sekolah rendah masih rendah

 

Oleh Zainal AS Rashid

Kadar vaksinasi dalam kalangan murid sekolah rendah masih rendah.

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak berumur dari lima hingga 11 tahun di seluruh negara hanya mencatatkan 35% setakat ini.

Beliau memberitahu media demikian pada hari pertama persekolahan SK Syed Idrus, Chemor, Perak pada Isnin (21 Mac) bahawa di sesetengah negeri kadar vaksinasi didapati lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.

Memandang keadaan ini Mohd Radzi berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak dipertingkatkan.

Beliau juga menasihatkan ibu bapa supaya lebih berfikiran terbuka tentang vaksinasi membabitkan anak-anak mereka, selain mengambil kira keadaan semasa ketika negara bersiap untuk memasuki fasa endemik Covid-19.

Menurut Mohd Radzi Kementerian Pendidikan akan memantau sesi persekolahan dan berharap pelajar dapat kembali ke sekolah apabila tiba masanya.

-BTSMedia

Leave a Comment