JUMLAH kes baharu Covid-19 meningkat sebanyak 21.5% atau 14,525 kes, berbanding 11,957 kes minggu lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Hisham berkata, laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 22 Okt 2022 mendapati jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 9.5%.
Katanya, bagi katil bukan kritikal meningkat 1% direkodkan dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun 2%, sejak seminggu lalu.
Purata kes aktif setiap hari sepanjang minggu lalu adalah 24,867 iaitu penurunan sebanyak 9.4% berbanding minggu sebelumnya, katanya.
“Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 0.9% daripada 11,180 kes kepada 11,078 kes. Kes kematian meningkat 70.6% daripada 17 kes kepada 29 kes,” kata Hisham.
Katanya, sebanyak 4,880,005 kes direkodkan sehingga 22 Okt, manakala 4,816,278 adalah kes sembuh.