BTS Media

Kumpulan berisiko tinggi digesa terus pakai pelitup muka

GAMBAR ATAS: BTS Media.

 

ORANG ramai, terutamanya mereka yang mempunyai gejala jangkitan pernafasan dan kumpulan berisiko tinggi, harus terus memakai pelitup muka walaupun di tempat yang tidak diwajibkan berbuat demikian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Setakat ini, ini XBB masih belum menjadi satu varian yang membimbangkan,” katanya kepada The Star.

Laporan berita dari Singapura menunjukkan bahawa jumlah kes Covid-19 meningkat di republik itu disebabkan oleh varian Omicron baharu dan jangkitan semula.

Pada Sabtu, Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung berkata negara itu tidak menolak kemungkinan menguatkuasakan semula peraturan Covid-19 seperti pemakaian pelitup muka, walaupun pihak berkuasa akan mencuba “yang terbaik” untuk tidak mengganggu kehidupan orang ramai.

Singapura mencatatkan peningkatan 65 peratus kes Covid-19 minggu lepas, hampir 50,000 kes, berbanding 29,301 kes dalam tempoh tujuh hari sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan akan terus memberikan respons terhadap sub-varian baharu Covid-19 sewajarnya.

Kementerian, katanya, akan memantau keadaan tersebut, terutama sub-varian Omicron dan XBB.

-BTS Media

Leave a Comment