BTS Media

Covid-19: Pelitup muka masih wajib dalam bangunan

Oleh Yusoff A. Shariff

Pemakaian pelitup muka masih wajib diamalkan ketika berada di dalam rumah atau ruang tertutup  dan semasa menggunakan pengangkutan awam, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, walaupun pelitup muka tidak lagi diwajibkan di luar, amalan itu amat digalakkan kerana mampu membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19.

Selain itu, imbasan aplikasi MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.

Bagaimanapun, kes positif COVID-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.

Malaysia mewajibkan pemakaian pelitup muka mulai 1 Ogos 2020, yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

 

-BTS Media

Leave a Comment