BTS Media

Banyak perkara kerajaan sementara tidak boleh lakukan

Oleh Fetty Rara

KERAJAAN sementara yang diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar tidak melampaui batasan berikutan pembubaran parlimen semalam (10 Okt).

Ini termasuk menggunakan harta awam, menggunakan penjawat awam untuk membantu kempen politik, atau menandatangani kontrak kerajaan pada ‘saat akhir’.

Kerajaan sementara tidak boleh membuat mengumumkan apa-apa ‘hadiah pilihan raya’, dan wajib menyerahkan semua harta kerajaan yang digunakan sebelum ini.

“Prinsip-prinsip ini sewajarnya menjadi rukun kerajaan sementara, terutama untuk elak salah guna kuasa, rasuah, dan persepsi salah,” katanya melalui Facebook hari ini (Selasa 11 Okt).

Kerajaan sementara juga tidak boleh memutuskan perkara dasar, kata Fahmi.

Komen Fahmi itu merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali bahawa kabinet pimpinan Ismail Sabri akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara.

Ini bermakna mesyuarat kabinet boleh terus diadakan seperti biasa walaupun parlimen telah dibubarkan.

-BTS Media

Leave a Comment