BTS Media

Ahmad Zahid dakwa PH tamak kuasa enggan bubar DUN, tapi bagi PH kebajikan rakyat lebih utama

Oleh Zainal AS Rashid

BAGI presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi keengganan membubarkan Dewan Undangan negeri di negeri (DUN) bawah kuasa gabungan itu sebagai ‘tamak kuasa’.

Beliau mendakwa, PH tidak mahu mengembalikan mandat kepada rakyat kerana kononnya bimbang akan hilang kuasa sebagai kerajaan.

Oleh itu, Ahmad Zahid mendakwa PH lebih rela membazir wang untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) secara berasingan, katanya melalui Facebook.

Rasional beberapa negeri bukan bawah UMNO yang enggan membubarkan DUN masing-masing adalah kerana penggal kerajaan masing-masing dan mandat rakyat masih belum sampai ke penghujung.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan negeri supaya membubarkan DUN masing-masing serentak pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, DUN di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor tidak perlu dibubarkan.

Menurut Ahmad Zahid, alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi boleh digunakan  sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRU15 berlangsung sebelum pertengahan November.

Pada 5 Okt, PH mengumumkan DUN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan dibubarkan kerana kerajaan negeri lebih mengutamakan kebajikan rakyat, termasuk membuat persiapan bagi menghadapi banjir.

-BTS Media

Leave a Comment