Oleh Yusoff A. Shariff
PAKATAN Harapan (PH) mengesahkan bahawa gabungan itu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri yang ditadbirnya.
Anwar Ibrahim memberitahu media bahawa keputusan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dibuat pada mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini (Sabtu 15 Okt).
“PKR dan amanah mempunyai pendirian sama pada peringkat awal (untuk tidak bubarkan DUN).
“DAP mengambil masa menjelaskan pendirian mereka tapi akhirnya setiausaha agung DAP memutuskan bahawa kita PH dan tiga negeri PH akan bersama membuat keputusan menangguhkan pilihan raya negeri supaya tumpuan diberikan permasalahan banjir,” kata Anwar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Turut hadir pada mesyuarat selama dua jam itu ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo;Ketua DAP Pera, Nga Kor Ming dan Pengarah Komunikasi Harapan Fahmi Fadzil.
Majlis Presiden PH sebelum ini memutuskan bahawa negeri yang ditadbirnya tidak akan membubarkan DUN masing-masing sehingga selepas musim tengkujuh.
Bagaimanapun, DAP Pulau Pinang tidak bersetuju pilihan raya negeri ditangguhkan.
-BTS Media