BTS Media

Pulau Pinang catat jumlah perdagangan negara tertinggi pada Ogos berbanding negeri lain

GAMBAR ATAS: BTS Media.

 

Oleh Zainal AS Rashid

DALAM kalangan semua negeri, Pulau Pinang berjaya mencatatkan sumbangan tertinggi jumlah perdagangan negara sebanyak RM265.7 bilion pada bulan yang sama.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah eksport Malaysia meningkat sebanyak RM46 bilion atau 48.2 peratus kepada RM141.3 bilion pada Ogos berbanding bulan yang sama  tahun lepas, dengan eksport lebih tinggi dicatatkan di kebanyakan negeri diterajui oleh Pulau Pinang (RM17.1 bilion).

Nilai eksport yang dicatatkan oleh Johor ialah sebanyak RM14.7 bilion, Selangor (RM4.7 bilion), Sarawak (RM4.1 bilion), Kuala Lumpur (RM2.2 bilion), Kedah (RM1.7 bilion), Sabah (RM756.3 juta), Melaka (RM733.1 juta), Negeri Sembilan (RM318.9 juta), Kelantan (RM259.7 juta), Pahang (RM153.7 juta) dan Perlis (RM60.6 juta).

Eksport negeri Perak merosot sebanyak RM371.2 juta, Terengganu (-RM316.6 juta) dan Labuan (-RM87.8 juta).

Dalam kalangan negeri pengeksport utama, Pulau Pinang teratas sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak 29.9 peratus, diikuti Johor (23.4 peratus), Selangor (17.5 peratus), Sarawak (8.4 peratus) dan Kuala Lumpur (5.3 peratus).

Pada masa sama, import pada Ogos turut meningkat RM50.2 bilion atau 67.6 peratus kepada RM124.4 bilion berbanding bulan yang sama pada 2021.

Peningkatan import dipacu oleh import lebih tinggi oleh semua negeri, diterajui oleh Johor, dengan peningkatan sebanyak RM14.2 bilion.

Ini diikuti Selangor (RM10.6 bilion), Pulau Pinang (RM8.9 bilion), Kuala Lumpur (RM6.6 bilion), Negeri Sembilan (RM2.1 bilion), Melaka (RM1.9 bilion), Kedah (RM1.5 bilion), Sarawak (RM920.6 juta), Pahang (RM888.5 juta), Perak (RM821.7 juta), Sabah (RM538.3 juta), Labuan (RM294.2 juta), Terengganu (RM174.7 juta), Perlis (RM74.5 juta) dan Kelantan (RM26.3 juta).

-BTS Media

Leave a Comment