TIDAK benar kononnya wayar terputus daripada tiang TNB dan jatuh ke atas bumbung di mana dua kanak-kanak maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi pada Jumaat lepas.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan semalam menafikan dakwaan itu dan memaklumkan syarikat itu dan Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyiasat insiden berkenaan.
“TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa.”
Menurut kenyataan itu wakil TNB turut menziarahi keluarga mangsa dan menyerahkan sumbangan ehsan.
Kedua beradik berusia 10 dan 9 tahun itu dilaporkan sedang mandi di dalam besen apabila terkena renjatan elektrik yang disyaki mengalir dari besi penyidai baju akibat kebocoran arus elektrik.
-BTS Media