BTS Media

Dua bekas pemimpin UMNO bahagian direman

DUA bekas pemimpin UMNO Bahagian Tanjung direman tujuh hari berhubung dakwaan mengeluarkan RM600,000 daripada dana bahagian untuk kegunaan peribadi pada 2018.

Kedua-duan yang berusia 49 dan 73 tahun, masing-masing merupakan bekas setiausaha dan bendahari bahagian itu, lapor The Star.

Akhbar tersebut memetik sumber berkata perintah reman yang berkuat kuasa sehingga Isnin (19 Sept), dikeluarkan oleh Majistret Rosnee Mohd Radzuan di George Town  pada Selasa (13 Sept).

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Adalah difahamkan bahawa suspek didakwa menggunakan jawatan mereka untuk kepentingan peribadi menerusi pengeluaran wang RM600,364.87 daripada akaun bahagian itu.

-BTS Media

Leave a Comment