BTS Media

Pemimpin UMNO bertemu PM, agenda tidak diketahui

BEBERAPA pemimpin UMNO dan ketua bahagian dipercayai bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Seri Perdana .

Setakat pukul 7.30 malam (Isnin 22 Ogos), pertemuan itu dikatakan masih berlangsung, tetapi agenda yang dibincangkan tidak diketahui, lapor The Star.

Difahamkan juga presiden parti Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir pada mesyuarat itu.

Terdahulu hari ini, pemimpin UMNO telah berkumpul di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur untuk mesyuarat tertutup khas.

Perhimpunan itu dikatakan berkaitan dengan isu masa depan parti, yang ditunjukkan dalam mesej WhatsApp yang tersebar.

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata tiada tekanan dikenakan kepada ketua bahagian untuk mencadangkan Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Menyifatkan mesej berkenaan yang tular dalam media sosial berhubung perkara itu sebagai palsu.

Mesej itu mendakwa semua ketua bahagian telah diberitahu oleh Ahmad Zahid untuk membuat cadangan itu kepada Ismail Sabri.

Ia juga mendakwa bahawa jika perdana menteri enggan, beliau akan dipecat daripada parti oleh Majlis Tertinggi UMNO.

-BTS Media

Leave a Comment