GAMBAR ATAS: The Star (fail).
DATUK Seri Najib Razak telah dimasukkan ke hospital, kata pegawai khasnya Muhamad Mukhlis Maghribi.
Bagaimanapun, setakat ini butiran lanjut mengenai masalah yang dihadapinya masih belum diketahui.
Menurut Astro Awani, seorang pegawai penjara berkata keadaan Najib stabil dan beliau sedang mendapatkan rawatan yang diperlukan.
Sementara itu, The Star memetik sumber yang mengatakan bahawa Najib dipercayai akan menjalani pemeriksaan kesihatan.
-BTS Media