BTS Media

Kemenangan di Bukit Gantang pada PRU14 ‘bersejarah’, ‘luar biasa’

KEMENANGAN di Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai ‘bersejarah’ dan ‘luar biasa’.

Ahli Parlimen BERSATU Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata ini kerana kerusi Parlimen itu adalah satu-satu kerusi yang berjaya dirampas Barisan Nasional (BN) daripada pembangkang pada PRU14.

Syed Abu Hussin yang sebelum ini bertanding atas tiket BN dan keluar daripada BN pada 2018 dan menjadi Bebas sebelum masuk BERSATU, berkata ini kerana pada PRU12 dan PRU13 gabungan itu kalah.

“Menang 4-0 di Bukit Gantang ketika ramai kalah. Buku ini terhasil selepas PRU14 tumbangnya kerajaan BN.

“Kemenangan UMNO di Bukit Gantang sejarah satu-satu kerusi Parlimen berjaya dirampas pembangkang.

“Tiga Pilihan Raya BN kalau iaitu pada PRU12, Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRU13. Tetapi PRU14 BN menang cukup bergaya,” katanya pada Majlis Jasamu Dikenang dan Pelancaran Buku Menang 4-0 hari ini.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin berkata ketika menghadapi PRU14 beliau telah menjadi ketua bahagian dan menggunakan pendekatan berbeza.

Beliau berkata telah membawa jentera UMNO ketika itu dalam mengharungi dengan penuh strategi kuat.

“Sebab itu kita menang. Antara faktor jejaskan kekalahan BN adalah imej yang jatuh ketika itu.

“Namun keputusan berbeza di Parlimen Bukit Gantang,” katanya.

Leave a Comment