Kerajaan Johor telah memindahkan cuti khas bagi negeri itu dari Isnin (2 Mei) kepada Rabu (4 Mei).
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin.
Keputusan mengisytiharkan cuti perayaan khas ini adalah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Cuti 1951 (Akta 369),” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Semalam Ahad (1 Mei), Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri hari ini.
Pada 27 April lalu, Onn Hafiz dilaporkan berkata, kerajaan Johor mengumumkan Isnin adalah cuti khas di negeri itu sempena sambutan Aidilfitri.
–BTS Media