GAMBAR ATAS: Aziz A.Shariff
Oleh Feste KR
Ramai yang akan pulang ke kampung menyambut baik dan menarik nafas lega apabila kerajaan Terengganu mengumumkan 5 Mei sebagai cuti peristiwa.
Cuti pada hari itu akan berkuat kuasa sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 3 Mei.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu media hari ini ( Rabu 27 April) di Kuala Terengganu bahawa cuti itu akan banyak membantu orang ramai, terutama penjawat awam untuk merayakan Aidilfitri.
Jumaat dan Sabtu sememangnya cuti hujung minggu di Terengganu.
-BTS Media