BTS Media

Johor isytihar cuti pada 2 Mei

 

Oleh Zainal AS Rashid

Kerajaan negeri Johor memutuskan untuk menjadikan Isnin (2 Mei) sebagai cuti khas sempena sambutan Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Hari Raya mungkin akan disambut pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei), manakala Hari Pekerja pada Ahad (1 Mei).

Beliau berkata bagi negeri Johor, hujung minggu adalah Jumaat dan Sabtu. Oleh itu, (Ahad ialah hari bekerja dan) tiada cuti gantian automatik pada hari Isnin untuk Hari Pekerja.

Mereka yang tidak memohon cuti pada tarikh tersebut perlu pergi bekerja seperti biasa.

Bagaimanapun, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan cuti khas pada Isnin.

“Ini terpakai kepada semua jabatan kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (27 April).

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas mengambil kira banyak faktor.

Cuti Isnin membolehkan keluarga merancang sambutan Hari Raya dengan lebih baik dan mengelak kesesakan jalan raya kerana orang ramai berpusu-pusu pulang untuk menyambut musim perayaan bersama keluarga tersayang, katanya.

 

 

 

-BTS Media

 

Leave a Comment