BTS Media

Bekas Peguam Negara Apandi tiada di Bukit Aman, beri kenyataan di tempat lain – Sumber

POLIS tidak ambil kenyataan bekas peguam negara Apandi Ali di Bukit Aman pada Isnin (1 Ogos).

Menurut sumber, kenyataan yang sepatutnya direkodkan di ibu pejabat polis persekutuan itu, akan dibuat di lokasi lain, lapor The Star.

Bukit Aman dijangka mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara itu.

Sebelum ini, setiausaha polis Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata polis akan merekodkan keterangan Apandi pada Isnin jam 2.30 petang.

Ini susulan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

-BTS Media

Leave a Comment