BTS Media

Penumpang marah, LRT Kelana Jaya rosak

GAMBAR ATAS: Anthonytyc, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons

 

RAMAI penumpang meluahkan rasa marah melalui media sosial kerana terpaksa menunggu lama apabila tren LRT Kelana Jaya lewat tiba pagi tadi.

Rapid KL berkata kelewatan itu adalah kerana tren mengalami masalah teknikal berhampiran stesen LRT Universiti menghala ke Putra Heights, justeru menyebabkan penumpang terpaksa turun dan berjalan di menyusur landasan ke platform stesen.

Mereka dikatakan diminta keluar daripada tren kereta api untuk memudahkan pemindahannya. Perkhidmatan tren perantaraan antara stesen Universiti dan stesen Asia Jaya kemudian diaktifkan.

Pengendali perkhidmatan itu berkata, tren akan bergerak pada kelajuan lebih perlahan dan berhenti lebih lama di sesebuah stesen.

RapidKL berkata tren yang rosak dikeluarkan daripada perkhidmatan pada pukul 10.45 pagi, dan jadual biasa akan disambung semula secepat mungkin.

-BTS Media

Leave a Comment