BTS Media

Shafee kembali ke mahkamah sebagai peguam utama Najib bagi perbicaraan 1MDB

Oleh Yusoff A. Shariff

PEGUAM utama bekas perdana menteri Najib Razak,  Muhammad Shafee Abdullah, tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 9.38 pagi menaiki sebuah SUV putih untuk kes penyelewengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Najib.

Dia terus masuk ke bilik mahkamah tanpa berkata apa-apa kepada petugas media yang hadir.

Najib tiba lebih awal pada pukul 8.26 pagi untuk perbicaraan penyelewengan 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Ini adalah penampilan pertamanya di mahkamah selepas dihantar ke penjara pada Selasa (23 Ogos) berikutan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Pada Selasa, Najib menjadi bekas perdana menteri pertama dalam sejarah negara dipenjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna jawatan dalam kes SRC International bernilai RM42 juta.

-BTS Media

Leave a Comment