BTS Media

Kenapa bendera  jadi mangsa? Seorang lagi individu ditahan koyak Jalur Gemilang

Oleh Yusoff A. Shariff

SATU lagi kes mencemarkan Jalur Gemilang dilaporkan di Brickfields, Kuala Lumpur pada Ahad (21 Ogos).

Catatan di laman Facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata lelaki itu dilihat mengoyak Jalur Gemilang di jambatan pejalan kaki Jalan Syed Putra.

Dalam post tersebut pada Isnin (22 Ogos), DBKL berkata pegawai penguat kuasanya telah menahan suspek dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media melaporkan bahawa ini merupakan kes vandalisme ketiga membabitkan Jalur Gemilang yang dilaporkan kepada DBKL.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku di Jalan Sultan Ismail pada 16 Ogos, manakala kejadian kedua melibatkan suspek yang sama, dilaporkan pada 17 Ogos di bangunan MITEC, Jalan Ampang.

-BTS Media

Leave a Comment