Oleh Zainal AS Rashid
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas melalui RTM pada pukul 3.00 petang ini.
Ramai yang menjangka bahawa perutusan itu tentang pembubaran parlimen, walaupun tidak dapat dipastikan, sejak isu tersebut diuar-uarkan sejak kebelakangan ini.
Cakap-cakap itu reda seketika apabila sebelum ini Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, dan hanya dimaklumkan bahawa perbincangan hanya mengenai mesyuarat pra-kabinet.
Bagaimana pun, perdana menteri dilaporkan sekali lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Ahad (9 Okt) sebelum baginda berangkat ke United Kingdom pada Ahad (10 Okt).
Pertemuan kedua itu telah mencetuskan desas-desus bahawa Ismail Sabri akan mengumumkan pembubaran parlimen.
-BTS Media