Oleh Fetty Rara
Macam pelik, apabila Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli Umno yang masih melayan tanggapan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya mempertimbangkan semula harapan mereka.
Beliau mendakwa pertemuan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mendedahkan “hasrat sebenar” beliau – untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.
Dalam post Facebook pada Isnin (4 April), Ahmad Zahid mempersoalkan pegangan ideologi Muhyiddin yang dikatakan lebih berpaksi “kepentingan peribadi.”
Beliau turut menyentuh tentang pertemuan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini di mana Anwar sendiri berkata hasrat itu tidak pun dibangkitkan.
Selain Anwar, Muhyiddin turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Bagaimana pun, media melaporkan bahawa Shafie dikatakan enggan menjalin kerjasama di antara dua parti itu untuk berdepan dengan Pilihan raya Umum Ke-15 nanti.
Bagi beberapa pemerhati pergolakan terbaharu ini menimbulkan persoalan siapa sebenarnya lebih ‘desperate.’
Post Ahmad Zahid menyusul selepas beberapa media melaporkan bahawa Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin politik secara tertutup, termasuk Tun Dr Mahathir.
-BTS Media