Oleh Yusoff A. Shariff
DALAM usaha mengelak daripada dieksploitasi oleh Tesla semata-mata untuk menggunakan sumber asli bumi Indonesia, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menekankan kepada syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla supaya juga mengeluarkan kereta EV di negara itu.
Beliau berkata, Indonesia mahukan sebuah “ekosistem kereta elektrik besar” dan bukannya diperahkan hasil buminya, lapor Bloomberg.
Sehubungan itu, Jokowi berkata Indonesia akan mempertimbang mengenakan cukai ke atas eksport nikel tahun ini bagi meningkatkan pendapatan. Sebelum ini dilaporkan bahawa ia akan berkuat kuasa menjelang suku ketiga.
Indonesia berkata Tesla bersetuju untuk melabur kira-kira AS$5 bilion untuk membeli produk nikel dari negara itu.
Awal tahun ini, Jokowi telah mengadakan pertemuan dengan pengasas Tesla, Elon Musk bagi menarik pelaburan ke Indonesia.
-BTS Media