BTS Media

Polis UK dakwa ‘Beatles’ atas kesalahan keganasan

Oleh Fetty Rara

POLIS Britain mendakwa seorang lelaki berusia 38 tahun yang dituduh sebagai anggota sel Daesh (IS) yang digelar “The Beatles” atas kesalahan keganasan pada Khamis selepas dia dihantar pulang ke England dari Turki.

Pendakwa raya berkata mereka pada asalnya membenarkan tuduhan terhadap Aine Davis di bawah undang-undang keganasan pada 2014.

Selepas dihantar pulang oleh pihak berkuasa Turki, dia ditangkap setibanya di Lapangan Terbang Luton dan dibawa mahkamah London pada pagi Khamis, lapor mirror.co.uk.

Sel IS itu digelar “The Beatles” oleh tebusan di Syria kerana loghat British mereka.

BBC melaporkan pada Khamis bahawa Davis menafikan terbabit dalam kumpulan itu.

Menurut pendakwa, Davis, 38, dikenakan tuduhan kesalahan keganasan dan memiliki senjata api untuk tujuan yang berkaitan dengan keganasan.

-BTS Media

Leave a Comment