BTS Media

Keganasan domestik: Dapatkan laporan perubatan segera jika polis enggan terima aduan

 

Oleh Fetty Rara

Sering kali cubaan membuat laporan berhubung keganasan domestik tidak diterima oleh pihak polis di atas alasan ia sekadar ‘masalah keluarga’.

Oleh yang demikian, mangsa keganasan rumah tangga dinasihati supaya mendapatkan  laporan perubatan daripada hospital berhubung keadaan diri dengan segera.

Dengan berbekalkan laporan perubatan hospital pihak polis boleh memulakan proses untuk menangani laporan pengadu.

Susulan itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan memisahkan pasangan jika berlaku penderaan.

Beliau memberitahu media demikian selepas melancarkan buku “Wanita Bangkit” di Putrajaya pada Isnin (28 Mac).

Rina berkata kementeriannya juga akan mengemukakan isu tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri.

Menurut beliau sememangnya telah wujud Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di bawah KDN.

-BTS Media

Leave a Comment