BTS Media

Polis terima dua laporan dakwaan buli di MRSM Kuantan

POLIS mengesahkan menerima dua laporan berhubung kes buli yang didakwa melibatkan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan yang tular di media sosial pada Jumaat (12 Ogos).

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busi berkata laporan pertama dibuat oleh pihak sekolah pada 8 Ogos, manakala laporan kedua dibuat oleh ibu mangsa pada 12 Ogos.

“Setakat ini lima individu telah dipanggil untuk merekodkan keterangan mereka termasuk daripada MRSM dan siasatan sedang dijalankan dari semua aspek. Kami akan memanggil lebih ramai individu untuk membantu siasatan,” katanya pada Sabtu (13 Ogos).

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Semalam, di Facebook seorang wanita mendakwa pihak pengurusan sekolah itu tidak bertindak berhubung kes buli membabitkan anak perempuannya. Dia juga mendakwa pakaian seragam anak perempuannya dirosakkan dan rambutnya dipotong ketika tidur.

-BTS Media

Leave a Comment