BTS Media

Polis cari blogger atas dakwaan menghasut

 

Polis sedang mencari penulis blog Hussein Abd Hamid, lebih dikenali dengan nama  steadyaku47, berhubung siasatan hasutan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata polis mencari blogger berusia 75 tahun itu, setelah menerima laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur.

Beliau berkata individu tersebut dikehendaki berhubung siasatan terhadap satu artikel yang dikatakan mengandungi kenyataan fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Pahang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menghasut dan menyalahgunakan kemudahan rangkaian.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu supaya menghubungi Ketua Unit Siasatan Khas JSJ Supt Junainah M. Kasbolah atau pegawai penyiasat Insp M. Jagachandran di talian 03-2266 6071.

-BTS Media

Leave a Comment