BTS Media

[KEMASKINI] Joe Ee lengkapkan enam pingat emas negara

Atlet gimrama, Ng Joe Ee meraih satu lagi pingat emas pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, sebentar tadi, untuk melengkapkan sasaran enam emas kontinjen negara.

Joe Ee memperoleh pingat kejuaraan itu menerusi disiplin riben.

Sebelum.ini, dia menghadiahkan pingat emas kelima kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi.

Dalam saingan disiplin bola, dia berjaya mendapat 29.700 mata bagi mengenepikan cabaran tujuh pencabar lain.

Kejayaan ini boleh dianggap sebagai satu kejutan berikutan dia bukan atlet yang diharap menang pingat emas sebaliknya, sandaran itu diletakkan di bahu Koi Sie Yan.

Ini adalah juga penampilan pertama Joe Ee di temasya Sukan Komanwel.

Semalam, dia hanya mampu menduduki tangga kelima acara all-around individu selain tempat keempat acara berpasukan.

Pemenang perak disiplin ini dimenangi atlet Kanada, Suzanna Shahbazian dengan kutipan 29.050 mata manakala gangsa milik Anna Sokolova dari Cyprus (28.800).

Sebelum ini, kontinjen negara meraih emas menerusi atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan (55kg) dan Muhamad Aznil Bidin (61kg), pasukan campuran badminton dan juara dunia powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin.

Leave a Comment