Peserta Malaysia, Rachel Yeoh Li Wen berjaya menewaskan Aleah Finnegan dari Filipina untuk menang pingat emas dalam acara balok imbang (balance beam) di Sukan SEA ke-31 diHanoi, Vietnam.
Dia mencatat 12.567, berbanding Finnegan, yang mendapat 12.367 di tempat kedua dengan hanya 0.2 mata.
Ia merupakan pingat emas kedua Yeoh selepas turut memenangi pingat gangsa dalam acara ‘all-around’ individu.
Pada Ahad (15 Mei) Yeoh, 23, memenangi pingat emas pertama negara bagi gimnastik artistik kategori palang tidak sejajar,
Pham Nhu Phuong dari Vietnam meraih gangsa dengan 12.167.
-BTS Media