Oleh Fetty Rara
Malaysia membuat kejutan besar dalam acara berbasikal gunung Sukan SEA Hanoi, Vietnam apabila Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Natahsya Soon dan Nur Assyira Zainal Abidin memenangi acara merentas desa berpasukan campuran di Hoa Binh.
Keempat-empat peserta itu mencatat masa 1’23:14 untuk meraih pingat emas ke-20 bagi kontinjen Malaysia.
Tuan rumah Vietnam meraih pingat perak dengan catatan masa 1’23:48 mendahului Thailand, yang mendapat gangsa dalam masa 1’24:54.
Dengan ini pasukan berbasikal Malaysia telah mencapai sasaran satu emas dalam pertandingan berbasikal jalan raya yang akan bermula hujung minggu ini.
-BTS Media