Penerjun Chew Yiwei-Ooi Tze Liang meraih pingat emas kedua untuk Malaysia selepas memenangi acara papan anjal 3 meter segerak di Sukan SEA Vietnam, di Hanoi hari ini.
Penerjun dari Vietnam, Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh dari Vietnam mendapat pingat perak, iaitu pingat kedua untuk negara tuan rumah pada hari pembukaan acara terjun.
Sebelum ini, penerjun wanita Nur Dhabitah Sabri memenangi pingat emas pertama untuk Malaysia dalam acara papan anjal 3 meter individu wanita.
-BTS Media