BTS Media

Sukan SEA: Penerjun Wendy-Ker Ying menang pingat emas keempat untuk Malaysia

 

Penerjun Wendy Ng Yan Yee-Ong Ker Ying menghadiahkan emas keempat kepada Malaysia di Sukan SEA Hanoi apabila memenangi acara papan anjal 3 meter akhir segerak wanita dengan 276.30 mata di Pusat Akuatik My Dinh.

Sebelum ini, Ooi Tze Liang merangkul pingat emas ketiga Malaysia dalam acara terjun selepas memenangi acara papan anjal 1 meter individu akhir lelaki.

Ia merupakan pingat emas kedua buat penerjun kelahiran Pulau Pinang itu yang bergandingan dengan Chew Yiwei untuk memenangi acara papan anjal 3 meter segerak lelaki pada Ahad (8 Mei).

Tze Liang menamatkan saingan dengan 377.70 mata dalam pertandingan enam terjunan pada Isnin (9 Mei).

Wendy berpeluang untuk mendapatkan emas kedua apabila beraksi dalam acara papan anjal 3 meter wanita esok, manakala Jellson Jabilin-Hanis Nazirul akan terjun dalam acara 10m platform segerak lelaki.

-BTS Media

Leave a Comment