BTS Media

Pengasas bersama Crackhouse Comedy Club didakwa tiga tuduhan

PELAWAK komediri Rizal van Geyzel didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber di sini atas tiga tuduhan menyiarkan kenyataan menghina di platform media sosial.

Pengasas bersama Crackhouse Comedy Club itu mengaku tidak bersalah selepas tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Nor Hasniah Abdul Razak.

Dia dibebaskan dengan jaminan RM12,000 dan seorang penjamin.

Rizal berdepan hukuman penjara maksimum setahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/22/pelawak-didakwa-atas-3-tuduhan-mengaku-tak-bersalah/

Leave a Comment