BTS Media

Personaliti TV Awal Ashaari didakwa lakukan khianat

GAMBAR ATAS: The Star.

 

Personaliti TV Awal Ashaari didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa (17 Mei) atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar kawasan perumahan di Damansara bulan lepas.

Awal, atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Pelakon dan pengacara TV itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3 dengan memecahkan pintu pakar milik pengurusan Challis Damansara hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM600.

-BTS Media

Leave a Comment