BTS Media

Majuperak: CEO cuti berdasarkan persetujuan bersama

Majuperak Holdings Bhd menjelaskan bahawa cuti diberikan kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan merangkap pengarah eksekutif yang akan meletak jawatan, Nizran Noordin adalah berdasarkan persetujuan bersama  antara lembaga pengarahnya dan dirinya sendiri.

Majuperak berkata cuti Nizran bermula pada 2 Sept 2022 bagi menghabiskan baki cutinya sebelum kontrak tamat pada 31 Okt 2022, lapor Bernama.

Syarikat itu menyatakan demikian apabila memfailkan makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa (6 Sept).

Semalam, anak syarikat Perbadanan Negeri Perak (PKNP) itu mengumumkan bahawa ketua pegawai kewangannya Syed Agil Syed Hashim akan dilantik sebagai pemangku CEO kumpulan semasa ketiadaan Nizran.

Sebelum ini, Nizran pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit kepada bekas Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majuperak pada 1 Nov 2019.

-BTS Media

Leave a Comment