BTS Media

Polis tahan enam pelajar perempuan berhubung kes buli di Inanam, Sabah

POLIS telah menahan enam pelajar perempuan berhubung video seorang pelajar sekolah dipukul oleh beberapa pelajar lain, yang tular sejak Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian yang membabitkan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Inanam itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bapa mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu semalam yang membawa kepada penahanan enam pelajar berusia 13 hingga 16 tahun itu.

Turut ditahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang merupakan bekas pelajar sekolah itu.

Mohd Zaidi berkata polis tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk buli atau keganasan membabitkan pelajar.

-BTS Media

Leave a Comment