BTS Media

Sabah: Polis guna gas pemedih mata apabila rusuhan tercetus di Tenom pada hari penamaan calon

POLIS terpaksa guna gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang tidak terkawal di Tenom kerana dikatakan tidak berpuas hati berhubung seorang calon pilihan raya.

Polis anti-rusuhan dipanggil untuk mengawal sekumpulan besar orang ramai yang membawa bendera Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), lapor Malay Mail.

Video kekecohan itu tersebar dalam media sosial.

Orang ramai dipercayai berasa resah dan beremosi apabila pegawai pengurus pilihan raya tidak mengumumkan calon selepas tengah hari.

Sumber Parti KDM memberitahu Malay Mail bahawa kertas pencalonan presiden PKDM Datuk Peter Anthony tidak diluluskan oleh pegawai pengurus pilihan raya kerana rekod mahkamahnya.

Difahamkan peguam Peter berada di pusat penamaan calon untuk menyelesaikan perkara itu.

-BTS Media

Leave a Comment