SEKURANG-KURANGNYA 120 penyokong terbunuh dan 180 lagi cedera malam tadi pada perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Indonesia.
Media tempatan melaporkan bahawa, penyokong perlawanan antara pasukan Arema FC dan Persebaya Surabaya dikepung polis pencegah rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata selepas pergaduhan tercetus.
Gas pemedih mata menyukarkan penyokong bernafas dalam suasana kelam kabut menyebabkan kekecohab hingga mereka terpijak dan terhimpit sesama sendiri.
Lebih kurang 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang, kata Ketua Polis Daerah Jawa Timur Inspektor Jenderal Nico Afinta seperti dipetik media tempatan.
Beliau berkata 34 maut di stadium dan selebihnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital termasuk dua anggota polis.
– BTS Media