GAMBAR ATAS: Abe sejurus sebelum ditembak.
Oleh Zainal AS Rashid
BEKAS Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah meninggal dunia, lapor stesen penyiaran rasmi Jepun, NHK pada tengah hari Jumaat.
Abe, 67, sedang menyampaikan ucapan berhampiran sebuah stesen kereta api di bandar raya Nara apabila beliau ditembak oleh seorang lelaki berusia 41 tahun yang dikenal pasti sebagai Tesuya Yamagami.
Yamagami memberitahu polis bahawa dia tidak berpuas hati dengan bekas perdana menteri itu.
Terdahulu, Abe, perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak ketika berkempen untuk pilihan raya parlimen.
Menurut NHK, lelaki itu dikatakan menggunakan pistol buatan sendiri untuk menembak Abe.
Seluruh rakyat Jepun dan pemimpin dunia melahirkan rasa terkejut dengan pembunuhan itu, kerana ia jarang berlaku di negara yang melaksanakan undang-undang kawalan senjata amat ketat.
-BTS Media