BTS Media

Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak, suspek ditahan

GAMBAR ATAS: Suspek cuba ditangkap oleh pengawal keselamatan/ Foto: Asahi Shimbun/ Mayumi Ueda.

 

Oleh Zainal AS Rashid

BEKAS Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dilaporkan ditembak semasa menghadiri satu acara politik di bandar raya Nara, barat Jepun pada Jumaat (8 Julai),

Menurut stesen penyiaran Jepun NHK, Abe, 67, ditembak di bahagian dada, dan susulan itu seorang lelaki muda pertengahan umur ditahan di tempat kejadian.

SHINZO Abe. FOTO: 首相官邸ホームページ, CC BY 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by/4.0>, via Wikimedia Commons

 

Agensi berita Kyodo memetik pasukan bomba dan penyelamat berkata bahawa beliau yang dikejarkan ke hospital juga mungkin mengalami serangan jantung.

Jepun merupakan antara negara di dunia yang melaksanakan undang-undang kawalan senjata paling ketat. Kejadian tembakan seumpama ini amat jarang berlaku.

Pencapaian rekod pentadbiran Abe sebagai perdana menteri sebelum meletak jawatan pada 2020 membawa kestabilan kepada Jepun selepas enam pentadbiran bertukar tangan.

Di bawah pimpinan beliau, Jepun berjaya keluar daripada tekanan kitaran deflasi, menangkis asakan daripada pentadbiran bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mempersoalkan pendirian bersekutu Jepun dalam ketenteraan, selain berusaha memperbaiki hubungan dengan China.

Abe turut dikenang di atas jasanya memulihkan ekonomi Jepun yang meruncing melalui pelonggaran sistem kewangan dan reformasi kawal selia luar biasa yang dilabelkan sebagai “Abenomics.”

Beliau juga berjiwa kental mengharungi pelbagai skandal, termasuk satu pada 2017 di mana beliau dan isteri dipersoalkan berhubung peruntukan tanah kerajaan kepada sekolah.

-BTS Media

Leave a Comment