BTS Media

MyKad hilang? Lapor saja hilang, jangan buat cerita

 

Oleh Fetty Rara

JIKA kehilangan kad pengenalan, laporkan sahaja kata hilang dan jangan buat cerita dan bagi alasan kononnya beg diragut atau dirompak.

Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed berkata 71 orang telah didakwa tahun ini kerana membuat laporan palsu berhubung kehilangan MyKad mereka.

Mereka membuat laporan palsu sekadar untuk mengelak daripada didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Mereka yang didakwa terdiri daripada individu berusia antara 20 dan 40 tahun.

Beliau memberitahu media demikian pada Jumaat selepas menghadiri majlis pelupusan bahan kes di ibu pejabat polis daerah Gombak, yang disempurnakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Baharudin Mat Taib.

-BTS Media

Leave a Comment