BTS Media

[KEMASKINI] Juruterbang helikopter hilang di Bidor maut

ATAS: The Star.

 

KETUA Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, juruterbang yang dikenal pasti sebagai Tzs Kin Richard Chan, 58, dari Hong Kong itu ditemukan maut pada pukul 9.30 pagi di Hutan Simpan Chikus, dekat Tapah.

Beliau memberitahu media di Balai Polis Bidor bahawa semasa pasukan penyelamat menjumpai helikopter tersebut juruterbang itu masih berada di tempat duduk.

Menurut beliau lagi, siasatan mendapati tiada kesan letupan pada pesawat, dan lokasi itu dikawal untuk siasatan lanjut oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Mayat telah dibawa dengan helikopter ke SMK Anderson Ipoh dan kemudian ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat pada pukul 10.20 pagi.

Semalam, Ahad (11 Sept) sebuah helikopter bersama seorang juruterbang dilaporkan hilang hubungan dengan KLATCC pada pukul 12.16 malam.

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor pada pukul 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat di lapangan terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada pukul 12.37 malam.

Pesawat Eurocopter EC120B nombor pendaftaran N409HH itu dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd.

-BTS Media

Leave a Comment