ATAS: Gambar hiasan Eurocopter EC120B/ Renato Spilimbergo Carvalho (GFDL 1.2 <http://www.gnu.org/licenses/old-licenses/fdl-1.2.html> or GFDL 1.2 <http://www.gnu.org/licenses/old-licenses/fdl-1.2.html>), via Wikimedia Commons
USAHA untuk menghubungi juruterbang helikopter yang hilang berhampiran Bidor gagal, setelah radar menunjukkan pesawat itu mengalami kehilangan altitud mendadak, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Ketua pegawai eksekutif CAA Kapten Chester Voo berkata, semakan bacaan radar menunjukkan kehilangan altitud yang besar dalam masa kurang daripada satu minit.
Menurut beliau dalam satu kenyataan pada Ahad (11 Sept), sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah merekodkan kehilangan ketinggian mendadak helikopter itu.
“Pegawai kawalan trafik udara yang bertugas cuba menghubungi juruterbang, tetapi tiada panggilan kecemasan dibuat, ” katanya.
Helikopter seorang juruterbang itu dikatakan terputus hubungan dengan KLATCC pada pukul 12.16 tengah hari setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada pukul 11.37 pagi untuk penerbangan peribadi, dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada pukul 12.37 tengah hari.
Eurocopter EC120B dengan tanda pendaftaran N409HH itu dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari juruterbang dan helikopter itu di kawasan hutan antara Bidor dan Langkap.
-BTS Media