BTS Media

Guna saluran betul kongsi berita kanak-kanak hilang


Oleh Feste KR

Walaupun perkongsian maklumat tentang kanak-kanak hilang melalui media sosial boleh membantu polis mengesan mereka dan juga menunjukkan keprihatinan masyarakat, namun orang ramai diminta guna saluran yang betul.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata ibu bapa perlu terlebih dahulu membuat laporan polis dengan segera dan membiarkan polis membuat pengumuman melalui sistem yang mempunyai SOP khusus bagi memastikan maklumat itu disebarkan secara meluas melalui mekanisme yang betul.

Pengumuman hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa


Beliau berkata pengumuman hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa selepas siasatan mendapati tiada unsur tebusan yang boleh menimbulkan ancaman,” katanya kepada Bernama.

Abd Jalil berkata pengumuman itu hanya perlu mengandungi maklumat seperti nama, gambar kanak-kanak berkenaan, nombor laporan dan nombor telefon pegawai penyias

Beliau berkata polis bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membangunkan sistem amaran Tindak Balas Terdesak Nasional, Nur Alert, bagi menangani kes kanak-kanak hilang berumur bawah 12 tahun.

“Pengumuman melalui NUR Alert hanya akan dibuat oleh pasukan petugas yang diluluskan polis, seperti Facebook, bank dan syarikat telekomunikasi,” katanya.

Setakat ini, NUR Alert mempunyai 41 anggota daripada pelbagai agensi.

BTS Media

Leave a Comment